SILAKAN BERKUNJUNG. DIKEMASKINIKAN PADA 7/6/2012

Kongsi

SEKIRANYA TERDAPAT KEGIATAN SASTERA YANG BAKAL BERLANGSUNG DI TEMPAT SAUDARA, BOLEHLAH BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN BLOG INI. HANTAR MAKLUMAT MELALUI E-MEL: saimimsalleh@gmail.com . TERIMA KASIH.

Sekitar SASTERA SEMASA

SAYEMBARA MENDEKLAMASI SAJAK BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU:

Tarikh: 6 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : Mulai 8.00 pagi (Saringan)
Tempat: Perpustakaan Awam Terengganu

Kategori: Terbuka, Pelajar Sekolah Rendah, dan Pelajar Sekolah Menengah.

Pertandingan akhir akan diadakan pada pukul 9.00 malam.

31 Mei 2009

NOVEL: GENRE YANG GAGAL

GENRE novel dapat saya anggap genre yang gagal saya kuasai. Hal ini demikian mungkin kerana novel memerlukan pengolahan yang panjang, dan memakan masa. Keadaan ini bertentangan dengan sifat saya yang tidak suka mengolah terlalu panjang. Drama radio atau televisyen pun saya tidak gemar yang sirinya terlalu banyak.
.
Saya pernah menulis beberapa buah manuskrip novel kanak-kanak. Penulisan ini dipengaruhi oleh minat saya terhadap novel kanak-kanak yang saya baca ketika peringkat awal penglibatan saya dalam bidang penulisan. Manuskrip yang pernah saya hasilkan ialah:
.
  1. Berkelah Hanya Alasan
  2. Siapakah Pencurinya?
  3. Tetamu dari Bumi
  4. Tangkapan Sungai Seluang

Novel pertama sahaja berjaya diterbitkan.

  1. Berkelah Hanya Alasan
  • Johor Bahru: Penerbit Penamas
  • 1984

Novel ini saya kirimkan kepada Pak Matlob, yang kemudiannya tolong diserahkan kepada penerbitnya oleh Mohd Raub Ahmad, seorang AKS Taman Sains. Kalau tidak silap saya, hanya RM300.00 sahaja bayaran yang saya terima. Permintaan saya tentang royalti tidak dilayan oleh syarikat itu dengan alasan pentadbirannya telah bertukar.

.

Manuskrip Tangkapan Sungai Seluang pernah saya kemukakan kepada satu penerbit tetapi dikembalikan. Namun, salinan manuskrip itu sudah tiada dalam simpanan saya.

.

Manuskrip Tetamu dari Bumi sebenarnya sebuah kisah sains. Manuskrip itu saya kirimkan kepada sebuah penerbitan, tetapi saya sudah lupa akan kesudahannya. Namun, salinannya masih saya simpan.

.

Manuskrip Siapakah Pencurinya saya kemukakan kepada penerbitan di Gombak, Selangor, yang menerbitkan majalah Ibu, tempat saya kerap mengirim karya. Melalui suratnya, penerbit itu menyatakan bahawa manuskrip itu akan diedit terlebih dahulu. Namun, sehingga hari ini, saya tidak tahu nasib manuskrip itu. Saya juga tidak tahu tentang penerbit itu.

.

Tiada ulasan:

Carian