KEMAS KINI

SILAKAN BERKUNJUNG. DIKEMASKINIKAN PADA 21 September 2023 - 6:31 petang

31 Mei 2009

NOVEL: GENRE YANG GAGAL

GENRE novel dapat saya anggap genre yang gagal saya kuasai. Hal ini demikian mungkin kerana novel memerlukan pengolahan yang panjang, dan memakan masa. Keadaan ini bertentangan dengan sifat saya yang tidak suka mengolah terlalu panjang. Drama radio atau televisyen pun saya tidak gemar yang sirinya terlalu banyak.
.
Saya pernah menulis beberapa buah manuskrip novel kanak-kanak. Penulisan ini dipengaruhi oleh minat saya terhadap novel kanak-kanak yang saya baca ketika peringkat awal penglibatan saya dalam bidang penulisan. Manuskrip yang pernah saya hasilkan ialah:
.
  1. Berkelah Hanya Alasan
  2. Siapakah Pencurinya?
  3. Tetamu dari Bumi
  4. Tangkapan Sungai Seluang

Novel pertama sahaja berjaya diterbitkan.

  1. Berkelah Hanya Alasan
  • Johor Bahru: Penerbit Penamas
  • 1984

Novel ini saya kirimkan kepada Pak Matlob, yang kemudiannya tolong diserahkan kepada penerbitnya oleh Mohd Raub Ahmad, seorang AKS Taman Sains. Kalau tidak silap saya, hanya RM300.00 sahaja bayaran yang saya terima. Permintaan saya tentang royalti tidak dilayan oleh syarikat itu dengan alasan pentadbirannya telah bertukar.

.

Manuskrip Tangkapan Sungai Seluang pernah saya kemukakan kepada satu penerbit tetapi dikembalikan. Namun, salinan manuskrip itu sudah tiada dalam simpanan saya.

.

Manuskrip Tetamu dari Bumi sebenarnya sebuah kisah sains. Manuskrip itu saya kirimkan kepada sebuah penerbitan, tetapi saya sudah lupa akan kesudahannya. Namun, salinannya masih saya simpan.

.

Manuskrip Siapakah Pencurinya saya kemukakan kepada penerbitan di Gombak, Selangor, yang menerbitkan majalah Ibu, tempat saya kerap mengirim karya. Melalui suratnya, penerbit itu menyatakan bahawa manuskrip itu akan diedit terlebih dahulu. Namun, sehingga hari ini, saya tidak tahu nasib manuskrip itu. Saya juga tidak tahu tentang penerbit itu.

.

30 Mei 2009

ANTOLOGI: BELUM ADA ANTOLOGI PERSEORANGAN


PERNAH saya berhasrat untuk menerbitkan antologi perseorangan, sekurang-kurangnya mengumpulkan sajak dan cerpen yang pernah disiarkan. Walaupun begitu, sampai hari ini saya belum berupaya untuk melaksanakan hasrat itu. Saya juga berhasrat untuk menerbitkan antologi bersama dengan isteri saya, Sabariah Nor. Hasrat itu pun belum tercapai.
.
Sungguhpun begitu, beberapa buah cerpen dan sajak saya yang pernah dan belum pernah tersiar, telah dikumpulkan dalam antologi bersama, sama ada secara stensilan oleh persatuan penulis, atau yang dicetak oleh penerbitan tertentu.

.
ANTOLOGI PUISI
.
1. Danau (Kota Bharu: Rumpun Seni Melayu Kelantan, 1983) - Stensilan
  • "Aku Mencatat Tetapi Banyak KurangnySenarai Bernombora"

2. Saadong II (Kota Bharu: Persatuan Penulis Kelantan, 1983) - Stensilan
  • "Seperti Bandar Ini"
3. Saadong 3 (Kota Bharu: Persatuan Penulis Kelantan, 1983) - Stensilan
  • "Silakan"
  • "Antara Dosamu dan Salahku"
4. Merdeka (Kota Bharu: Rumpun Seni Melayu Kelantan, 1983) - Stensilan
  • "Kebebasan"

5. Irama (Kota Bharu: Rumpun Seni Melayu Kelantan, 1984) - Stensilan
  • "Sajak"

6. Kakak Mengarang Bunga (Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1986) - Cetakan penerbit
  • "Si Didik"
  • "Lagu Tiga Kupang"
  • "Pagi"
  • "Selamat Pagi"
6. Pok Pok Bujang Lapok (Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1986) - Cetakan penerbit
  • "Baca Buku"
  • "Maafkan Saya"
  • "Apakah Tandanya?"
  • "Sakit Kaki"
7. Ayam Denak Lepas (Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1986) - Cetakan penerbit
  • "Mari Berpantun"
  • "Siapa?"
  • "Hallo"

8. Sesekali Musim Berlalu (Tanjung Malim: Institut Perguruan Sultan Idris, 1988) - Stensilan

  • "Tingkap Kaca"






9. Antologi Harapan II (Maran: Jawatankuasa Peraduan Menulis Puisi Hari Guru Daerah Maran, 1990) - Stensilan
  • "Siapakah Kita?"
  • "Sajak Guru Dalam Aku"
  • "Maaf"
  • "Tidak Mengapa"

10. Pohon Barakah (Kota Bharu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, 1991) - Cetakan penerbit

  • "Masuk ke Daerah-Mu"
  • "Bahawa Ia Tetap Datang"
  • "Menempah Hidup Jernih"





11. Taman Bahasa Ibunda (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993) - Cetakan penerbit
  • "Mengarah Waktu"
  • "Percakapan Bulan Ketika Melintas Kota"
  • "Tertuduh"
  • "Suzati (2)"
  • "Jerjak Yang Terbuka"

12. Cetera 94 (Kuala Lumpur: Kelab Sastera DBP, 1994) - Cetakan penerbit

  • "Mengarah Waktu"








13. Bicara Kumbang (Temerloh: Dewan Persuratan Melayu Pahang, 1995) - Cetakan penerbit
  • "Kata-kata"
  • "Catatan Pertama di Jengka 10"
  • "Pulang Sesekali (2)"
  • "Suzati (2)"
  • "Keberangkatan 1"




14. Pelangi Keakraban (Kuala Lumpur: Jabatan Perpaduan Negara, 1996) - Cetakan penerbit
  • "Aku Ah Seng"








15. Tanah Serendah Sekebun Bunga (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) - Cetakan penerbit
  • "Temangan Lama dari Luar"
  • "Sekolah Kebangsaan Temangan, Sekolah Menengah Kampung Pek, Sekolah Menengah Hamzah"
.
.
Sebagai catatan, saya pernah mengemukakan manuskrip antologi puisi, Mengarah Waktu, kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Program Penulis Muda. Surat tanda terima manuskrip itu dihantar kepada saya oleh DBP. Pada tahun 1997 atau awal 1998, seorang rakan saya menyatakan bahawa manuskrip saya dinilai oleh Dharmawijaya, yang ketika itu menjadi pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM). Menurut rakan saya itu lagi, Dharmawijaya memberitahunya bahawa manuskrip itu diperakukan, dan telah diserahkan kepada DBP untuk urusan penerbitannya. Namun, hingga kini saya belum mendapat apa-apa khabar tentang manuskrip itu. Barangkali sudah berkubur tanpa nisan.
.
.
ANTOLOGI CERPEN

.

1. Alangkah Indah Namamu (Petaling Jaya: Oscar Book International, 1990) - Cetakan penerbit

  • "Kambing"

2. Panas Tidak Sepanjang Hari (Petaling Jaya: Oscar Book International, 1990) - Cetakan penerbit

  • "Kemahuanku"



3. Terbang Bersama Kawan (Petaling Jaya: Oscar Book International, 1990) - Cetakan penerbit

  • "Terperangkap"




4. Tikus Revolusi (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 1990) - Cetakan penerbit

  • "Diiringi Tepukan"

5. Rakam (Johor Bahru: Badan Cemerlang Sdn. Bhd., 1997) - Cetakan penerbit

  • "Masa Berganti Lagi"
  • "Bicara Tentang Ingatan"

.

Saya pernah mengemukakan 24 buah cerpen kanak-kanak untuk dua buah antologi kepada seorang yang berjanji akan menyerahkannya kepada penerbit. Orang itu, seorang daripada Ahli Kelab Sains (AKS) ruangan Taman Sains, Utusan Pelajar pimpinan Pak Matlob, mengirimi saya surat dengan alamatnya di Selangor. Beberapa ketika selepas cerpen-cerpen itu dikirim kepadanya melalui pos, sebuah daripadanya disiarkan dalam Utusan Pelajar, dengan nama penulisnya, orang yang berjanji itu. Tahulah saya bahawa saya sudah diperdayakan. Saya mengirim surat kepada editor akhbar itu, Munir Ghazali, bahawa karya itu hasil tulisan saya dan menceritakan hal yang terjadi. Saya tidak ingat tindak balas Munir Ghazali, tetapi ternyata, saya tidak tahu nasib 23 cerpen saya yang lain. Setelah saya bertugas di Terengganu, saya bertemu dengan orang itu, yang menjadi guru di Hulu Terengganu. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah mengungkitkan hal itu. Biarlah!

.
Kesemua antologi cerpen kanak-kanak di atas diselenggarakan oleh Ghazali Ngah Azia, juga penulis dari Terenggganu, kecuali yang kelima diterbitkan atas daya usaha Pak Matlob. Ghazali mengirimi saya surat memohon saya mengemukakan cerpen, sama ada yang tersiar atau belum. Saya tidak memberi tindak balas kerana bimbang pisang berbuah dua kali. Namun, tidak lama kemudian, Ghazali Ngah Azia mengirimi saya surat memohon kebenaran saya untuk menerbitkan cerpen-cerpen saya yang telah tersiar, dengan urusan memohon kebenaran daripada penerbit asal diurusnya sendiri. Saya akhirnya menandatangani surat kebenaran itu. Terima kasih, Ghazali Ngah.

.

ULASAN: MEMBERI PANDANGAN

SEMASA saya aktif berkarya, saya tidak berhenti setakat menulis karya. Saya juga membuat ulasan terhadap beberapa buah karya yang saya baca. Saya menghasilkan ulasan semenjak tahun 1979, bermula dengan karya sains yang disiarkan dalam ruangan "Taman Sains", Utusan Pelajar.
.
Karya Sains
  1. "Bicara Hati Yang Sunyi" - karya Nurwati Hasni (Utusan Pelajar, 15 Mac 1979)
  2. "Kehilangan" - karya Sri Diah Isma (Utusan Pelajar, 22 Mac 1979)
  3. "Cucu" - karya Md Razali Md Din (Utusan Pelajar, 26 April 1979)
  4. "Gunung Berapi" - karya Mohd Fauzi Yunus (Utusan Pelajar, 26 April 1979)
  5. "Tikus" - karya Md Razali Md Din (Utusan Pelajar, ...., 1981)
Md Razali yang saya ulas karyanya itu, ialah rakan sekelas saya di tingkatan lima. Saya membantunya menulis karya sains dengan memberi pandangan dari segi bahasa dan olahan.
.
Buku/Antologi
  1. "Eva" - kumpulan puisi Lim Swee Tin (Utusan Zaman, ..... 1981)
  2. "Kumpulan Pantun Melayu" - kumpulan pantun Zainal Abidin Bakar (Sudut Sastera, RTM Kota Bharu, 8 Februari 1988)
  3. "Doa Ibu" - novel kanak-kanak Maznan Nordin (Sari Buku, Januari 1994)
  4. "Memori Bukit Besi" - novel kanak-kanak Awang Abdullah (Sari Buku, Mac 1994)
  5. "Strategi Pendidikan Bahasa Melayu" - buku bahasa terbitan Institut Bahasa, Kuala Lumpur (Pelita Bahasa, Julai 1995)
  6. "Cerpen Asia Kini" - antologi terbitan DBP (Utusan Malaysia, .......)

Sari Buku ialah sisipan yang diterbitkan bersama dengan majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

.

29 Mei 2009

RENCANA: SASTERA DAN BAHASA

SAYA juga menulis rencana ringan untuk beberapa terbitan. Rencana pertama saya disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada tahun 1981. Ketika itu saya di tingkatan 6 Atas di SM Hamzah, Machang.
.
Penulisan itu bermula daripada cabaran oleh guru Bahasa Melayu, Cikgu Abdullah. Dia mengulas karangan saya di dalam bilik darjah, di hadapan rakan-rakan saya, tetapi tidak menyebut nama saya. Dia menegur penggunaan perkataan "jerlus", yang dianggapnya tidak sesuai. Menurutnya, sekiranya saya ingin menggunakan perkataan sedemikian, saya bolehlah menulis karya dalam Dewan Sastera, misalnya. Saya hanya mendiamkan diri.
.
Saya pun menulis sebuah rencana pendek tentang minat pelajar terhadap karya sastera. Saya petik kenyataan guru Perpustakaan di SM Kampung Pek, tentang ramainya pelajar meminjam buku cerita, berbanding dengan buku akademik. Saya juga masukkan nama Cikgu Abdullah yang menyatakan bahawa pelajar terlalu terpengaruh dengan bahasa indah ketika menghasilkan karangan.
.
Pada hari karya itu disiarkan, seorang cikgu berbangsa India, guru Ilmu Alam, telah menampal keratan rencana itu pada papan kenyataan. Kawan saya memberitahu saya hal itu. Saya tersenyum, sambil berkata di dalam hati, "Cabaran Cikgu Abdullah sudah saya sahut..."
'
Mingguan Malaysia
  1. "Mengapa Pelajar-pelajar Lebih Berminat Kepada Sastera?" (....., 1981)
  2. "Tema Remaja Boleh Dilahirkan Tapi Dengan Syarat..." (4 Januari 1987)
  3. "Rancangan Sastera di TV Disokong" (11 Mac 1990)
  4. "Penulis Muda Perlu Bimbingan Membedah Karya" (13 November 1991)
  5. "Mengapa Dilahirkan Karya Yang Absurd?" (24 November 1991)

Majalah Dian Daiges

  1. "Jebat dan Tuah" (Julai 1981)
  2. "Ada Orang Tidak Tahu Pemimpin Sendiri!" (Julai 1982)
  3. "Mengapa Takut Kepada Disiplin?" (Januari 1983)

Dewan Siswa

  1. "Hari Penyampaian Hadiah SMKP" (November 1981)

Mingguan Wanita

  1. "27 Murid Jadi Anak Angkat PIBG" (14 Oktober 1983)

Majalah Pantai Jaya

  1. "Bakat" (1984)
  2. "Setelah Bertahun-tahun Terlanjur..." (1986)

Mingguan Islam

  1. "Maktab Perguruan Mula Lahirkan Penulis" (3 Januari 1986)
  2. "Malam Puisi Guru Pelatih Institut Bahasa" (15 Ogos 1986)

Mingguan Perdana

  1. "Sastera di TV Perlu Diperluas" (9 Januari 1987)

Utusan Zaman

  1. "Tempat Jatuh Lagi Dikenang" (1 Januari 1989)
  2. "Mengira Jumlah Kawan" (19 Mac 1989)
  3. "Sekolah Menengah Jengka 10 Terima Hadiah Cemerlang" (9 Ogos 1990)
  4. "Penerbitan Bertukar Nama" (....., 1991)
  5. "24 Karya Lesap" (....., 1991)
  6. "Honorarium Yang Kecil Jadi Perangsang" (21 Julai 1991)

Semua karya di atas ialah catatan yang ada kaitan dengan saya, kecuali yang ketiga merupakan berita, disiarkan dalam ruangan yang dikelolakan oleh Pak Matlob.

.

Berita Harian

  1. "Falsafah dalam Puisi Moden" (22 September 1989)
  2. "Rancangan Sastera Kian Diabai" (3 Januari 1990)

Utusan Melayu

  1. "Kasut Yang Hilang" (22 April 1991)

Catatan di atas kisah kasut kulit saya yang dikebas pencuri ketika saya sembahyang Zuhur di surau di Perhentian Bas Kuantan (perhentian lama di tepi Sungai Kuantan). Saya dalam perjalanan balik dari Jengka, Pahang ke rumah mentua saya di Dungun. Nasib baik hari itu saya bersama seorang rakan yang juga hendak pulang ke Terengganu. Dia membelikan saya sepasang selipar Jepun.

.

Utusan Malaysia

  1. "Populariti Lariskan Karya" (15 Julai 1995)
  2. "Jual "Anugerah" di Perhimpunan UMNO" (4 Mei 1996)

Mingguan Tempo

  1. "Gagasan Sastera Islam Shahnon Ahmad" (15 November 1995)

Harakah

  1. "Orang Sastera Juga Perlukan Perhatian Media" (..., 1996)

Rencana Bahasa

Selain rencana sastera, saya yang menjadi guru bahasa, mula memberi perhatian terhadap isu bahasa. Saya tidak terlepas mengikuti bahan bahasa dalam majalah Pelita Bahasa sejak terbitan pertamanya. Pengolahan bahan bahasa dalam majalah itu sangat mudah difahami. Saya memulakan penulisan bahasa saya dalam ruangan "Pendapat".

.

Pelita Bahasa

  1. "Bahasa Malaysia Tidak Mampu Untuk Bidang Perundang-undangan?" (Mac 1990)
  2. "Loghat Kelantan" (Mac 1993)
  3. "Bahasa dengan Keistimewaannya" (Ogos 1995)
  4. "Bahasa Melayu Dipinggirkan" (Disember 1995)
  5. "Pola Ayat Dasar Frasa Nama + Frasa Sendi Nama: Mungkin Tidak Perlu (September 1996)
  6. "Peranan-Main: Meningkatkan Kebolehan Bertutur" (Ogos 1998)
  7. "Menulis Karangan dengan Teknik yang Mudah" (Januari 1999)
  8. "Dia, Ia dan Ianya" (April 1999)
  9. "Mengapa Akronim Tidak Digalakkan" (Ogos 2000)
  10. "Di manakah Bahasa Melayu Dilahirkan?" (Februari 2003)
  11. "MABBIM atau Mabbim?" (Mei 2003)
  12. "Kelewahan Mencacatkan Kecemerlangan Berbahasa" (Oktober 2003)
  13. "Keliru Menggunakan MeN-...-kan dan MeN-...-i" (Disember 2004)
  14. "Dalam dan Fungsinya" (Februari 2005)
  15. "Pengimbuhan Memperkaya Kosa Kata Bahasa Melayu" (April 2006)
  16. "Ragam Ayat Pasif" (Mei 2006)
  17. "Ayat Dasar dan Ayat Tunggal"
  18. "Objek dan Pelengkap dalam Ayat"
  19. "Batu Bersurat Perakam Bahasa Melayu Bertulis"

Jurnal Dewan Bahasa

  1. "Penghilangan Konsonan Nasal di Tengah dan Akhir Kata Dasar dalam Dialek Kelantan" (Ogos 1998)

Dewan Bahasa

  1. "Kecualian dalam Bahasa Melayu" (September 2004)

Jendela Timur

  1. "Bahasa Melayu: Mungkinkah Asalnya dari Asia Tenggara?" (Disember 2003)

.

18 Mei 2009

DRAMA RADIO: SUKARNYA MENGGARAP DIALOG

DRAMA radio pertama saya yang tersiar ialah drama 15 minit, "Nombor 5 Persiaran 1", terbitan Mahani Ujang, siaran RTM Kuala Lumpur.
.
Tidak mudah bagi saya untuk memasuki genre drama radio. Kesukarannya pada garapan dialognya. Ungkapan yang dikeluarkan oleh watak harus dapat menggambarkan tingkah lakunya serta sifat luaran dan dalamannya. Selain itu, kita harus bijak bermain dengan kata-kata supaya tema dapat dilunasi. Lebih-lebih lagi apabila menulis drama 30 minit.
.
Pada awal percubaan saya menulis drama radio, saya mengirimkan skrip sepanjang empat lima muka surat kepada penerbit drama RTM Kota Bharu. Penerbitnya, Mahadi Ibrahim, mengembalikan skrip saya berserta dengan skrip contoh. Saya mencuba tetapi tidak mampu pada awalnya.
.
Saya kerap mendengar drama 15 minit RTM Kuala Lumpur yang siarannya setiap pagi. Saya pun mengirim sebuah skrip kepada penerbitnya. Mahani Ujang juga mengembalikan skrip saya berserta dengan skrip contoh serta perkembangan watak dalam drama itu. Perkembangan watak perlu diketahui penulis kerana drama ini menggunakan watak yang sama. Saya cuba menulis skrip "No. 5 Persiaran 1" itu. Terkial-kial saya untuk menghidupkan watak Amir, Amran, Amizah, Encik Aman, Puan Mariam, dan Abang Ibrahim (Berahim)
.
Nombor Lima Persiaran Satu
  1. "Sekampung Riuhnya" (RTM Kuala Lumpur, 29 April 1980)
  2. "Amir dan Berahim Ditimpa Malang" (RTM Kuala Lumpur, 6 Mei 1980)
  3. "Pengajaran" (RTM Kuala Lumpur, 28 Ogos 1980)
  4. "Terjebak" (5 September 1980)
  5. "Memancing Ikan" (5 Februari 1983)
  6. "Surat Khabar" (19 Mei 1983)
  7. "Al-Quran Gedung Segala Ilmu" (30 Mei 1983)
  8. "Amir Letak Jawatan" (14 Februari 1984)
  9. "Kerana Wang" (22 Februari 1986)
  10. "Mangsa Main-main" (28 Februari 1986)
Saya berpuas hati menulis drama-drama tersebut setelah bertungkus-lumus mempelajarinya. Saya masih ingat, drama pertama diubahsuai oleh penerbitnya. Namun, karya selanjutnya tidak mengalami suntingan yang serius. Drama ketujuh merupakan karya tugasan yang dibuat oleh penerbit, sempena dengan Musabaqah Membaca Al-Quran.
.
Kiambang Bertaut
  1. "Tiada Lagi Gerhana" (RTM Kota Bharu, 8 Januari 1981)
Puisidra
  1. "Merpati" (RTM Kuala Terengganu, 17 Ogos 1983)
  2. "Kemungkinan" (RTM Kota Bharu, 6 April 1984)
Saya masih ingat kisah tentang drama "Kemungkinan" itu. Saya menerima surat daripada RTM Kuala Terengganu agar menandatangani kontrak penyiaran untuk urusan pembayaran. Dalam kontrak itu, yang dihantar sebelum siarannya, menyebut tarikh siarannya. Kebetulan pada tarikh itu saya baru mengikuti kursus perguruan di Kuala Lumpur. Saya meminta emak saya mendengarnya. Kebetulan pula pada tarikh itu emak saya ada hal di "kampung" (kawasan Temangan Lama, dua hingga tiga batu perjalanan dari rumah emak saya). Yang lucunya, emak saya sanggup membawa radio bersamanya ke majlisnya itu. Yang malangnya, drama saya itu tidak disiarkan kerana pada waktu itu ada siaran lain secara tiba-tiba. Drama saya itu disiarkan dua minggu selepas itu.
.
Drama Minggu Ini
  1. "..." (RTM Kuala Terengganu, ............. )
Inilah skrip drama saya yang terakhir. Ketika itu saya sudah lama menetap di Dungun, berkhidmat sebagai guru di SMK Sultan Omar, Dungun. Drama tersebut sebenarnya olahan semula daripada cerpen "Untuk Menguji Perasaan" yang disiarkan dalam Utusan Zaman (14 September 1983). Malahan, cerpen ini percubaan saya untuk tidak menghilangkan idea tentang pemandu teksi yang menculik seorang pelajar anak orang kaya kerana hendak menguji perasaan bapa dan keluarga pelajar itu apabila kehilangan anak yang disayanginya, seperti yang dialaminya apabila anaknya maut dalam kejadian langgar lari oleh orang kaya itu. Idea ini pernah saya turunkan dalam drama televisyen dan dihantar ke RTM. Ketika saya di maktab perguruan, saya mendapat tahu skrip tersebut tersimpan di RTM, tetapi hingga kini tidak diterbitkan.
.

16 Mei 2009

PUISI: BERMULA DENGAN KARYA CILIK

.
GENRE puisi saya bermula dengan "puisi cilik", mulai awal 1978. Saya sering membaca puisi kanak-kanak dalam majalah kanak-kanak dan membuat penilaian sendiri. Dengan keyakinan bahawa saya juga dapat menghasilkan karya sedemikian, saya pun mula menulis puisi. Ketika itu saya masih menghantar puisi bertulis tangan pada kertas kajang. Seperti biasa, Pejabat Pos Temangan tempat saya mengepos hasil tulisan saya.
.
Bambino
  1. "Hantu" (Januari 1978)
  2. "Nombor Satu" (Februari 1979)
Medan Pelajar
  1. "Hujan Telah Turun" (April 1978)
Bujal
  1. "Tafsiran Buat Bujal" (September 1979)
  2. "Jasamu Ayah" (Oktober 1979)
  3. "Sekolah Sudah Bermula" (Julai 1980)
Dewan Pelajar
  1. "Si Didik" (Jun 1980)
  2. "Pagi" (Jun 1980)
  3. "Hallo" (Jun 1980)
  4. "Selamat Pagi" (September 1982)
  5. "Lagu Tiga Kupang" (September 1982)
Puisi kanak-kanak dalam Dewan Pelajar di atas memuaskan hati saya. Saya masih ingat, editor majalah itu pada masa itu ialah Salleh Daud. Beliau mengirimi saya sebuah majalah itu sebagai sagu hati setiap kali karya disiarkan. Ketika saya di Insitut Bahasa, Kuala Lumpur, kelima-lima buah sajak itu dan beberapa buah sajak kanak-kanak lain saya masukkan dalam beberapa buah antologi, diselenggarakan oleh Nawawee Mohamad, dan diterbitkan oleh penerbitan Teks Publishing.
.
Utusan Pelajar
  1. "Sumpah" (29 Oktober 1980)
  2. "Haruskah" (19 November 1981)
  3. "Malam dan Siang" (3 Disember 1981)
  4. "Rentetan" (28 Januari 1982)
Sajak-sajak dalam Utusan Pelajar sudah menunjukkan kematangan dengan mengemukakan tema yang berkait dengan kehidupan dan ada unsur falsafah mudah.
.
Aktual
  1. "Untuk Kalian" (September 1982)
  2. "Rentetan 2" (November 1982)
  3. "Tengkujuh 4" (Julai 1983)
  4. "Khabar" (15 Mei 1984)
  5. "Lampu di Kota" (15 Julai 1984)
  6. "Seharusnya" (Mei 1986)
Puisi Dewasa
"Puisi dewasa" saya mula mendapat tempat pada tahun 1980, bermula dengan majalah terbitan Jabatan Perpaduan Negara, Balai Muhibah.
.
Balai Muhibah
  1. "Bagaimana Selepas Ini" (Jun 1980)
  2. "Selamat Datang 1982" (Februari 1982)
Salina
  1. "Madah Kepada Ombak" (September 1981)
  2. "Senyum" (Mei 1985)
Mulai Februari 1982, saya mula menembusi Mingguan Malaysia, akhbar perdana terbitan Utusan Melayu (M) Berhad. Bermula dengan penyiaran sajak ini, rakan sesekolah dan orang dewasa di sekitar Kerilla, Temangan Lama, Pasir Senor, Temangan bandar, dan Kampung Padang (dikenali sebagai Chekok), mula mengetahui bakat saya. Mereka selalu menyebut hal sajak saya sekiranya ada disiarkan.
.
Mingguan Malaysia
  1. "Siput-siput dan Lumut-lumut" (28 Februari 1982)
  2. "Waktu Hujan Berhenti" (17 April 1983)
  3. "Lampu dan Taman" (18 September 1983)
  4. "Hujan dan Ribut" (28 Oktober 1984)
  5. "Lampu dan Taman (ii)" (13 Januari 1985)
  6. "Lampu dan Taman (iii)" (19 Mei 1985)
  7. "Pulang Sesekali" (27 Oktober 1985)
  8. "Hujan dan Ribut (ii) (19 Januari 1986)
  9. "Malam Merajuk" (27 Julai 1986)
  10. "Dari Lorong Ini" (7 Disember 1986)
  11. "Percakapan Bulan Ketika Melintas Kota" (10 Mei 1987)
  12. "Bahawa Ia Tetap Datang" (16 Ogos 1987)
  13. "Melangkah Kemungkinan" (31 Julai 1988)
  14. "Melangkah Kemungkinan (2)" (2 April 1989)
  15. "Tiga Catatan di Terengganu" (11 Jun 1989)
  16. "Keinginan" (19 September 1994)
  17. "Desa dan Kota" (19 Mei 1996)
  18. "Pesan Kepada Anak" (6 Februari 2000)
  19. "Salam" (13 Januari 2002)
  20. "Panas Kemarau" (24 Julai 2005)
Majalah Dian
  1. "Hadiah Untuk Anakku" (September/Oktober 1982)
Selain karya di atas, dua atau tiga buah sajak lain disiarkan dalam Majalah Dian Daiges, terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu. Namun, sajak itu dalam bentuk petikan beberapa baris yang menarik daripada sajak asal. Karya di atas juga, selepas disiarkan, tidak menggembirakan saya kerana baru saya sedari bahawa mempunyai persamaan dengan sebuah sajak penyair Usman Awang yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu. Mungkin disebabkan saya selalu mengulang bacaan sajak itu, maka saya terpengaruh dan menghasilkan sajak yang hampir sama tanpa disedari.
.
Mingguan Perdana
  1. "Silakan" (19 Jun 1983)
  2. "Sebaik Kau Berangkat" (4 September 1983)
Mingguan Timur
  1. "Begitu" (28 Ogos 1983)
Sajak di atas disiarkan semasa Azizi Haji Abdullah menjadi editor sastera dalam akhbar tabloid Mingguan Timur, yang diterbitkan di Pulau Pinang. Beliau mengirimi saya surat menyatakan sajak itu akan disiarkan dan meminta saya tidak mengirimnya kepada akhbar atau terbitan lain. Setakat yang saya ingat, itulah satu-satunya surat daripada pengendali ruangan sastera bercetak yang pernah saya terima.
.
Telatah Olok-Olok
  1. "Detik" (Oktober 1983)
  2. "Tingkap Kaca" (Jun 1984)
Penerbitan di atas ialah majalah separa komik. Sajak kedua saya itu disertai dengan ulasan dalam keluaran lain majalah tersebut.
.
Utusan Zaman
  1. "Setelah" (22 Januari 1984)
  2. "Kedatangan" (12 Ogos 1984)
  3. "Angin" (10 Mei 1987)
  4. "Kota Yang Kutinggalkan" (7 Januari 1990)
  5. "Detak Jam" (19 Mei 1991)
  6. "Jerejak Yang Terbuka" (25 Ogos 1991)
  7. "Pilihan" (17 September 1995)
  8. "Melihat Tua" (8 Ogos 1999)
  9. "Pemilih Kata" (9 Disember 2001)
Berita Minggu
  1. "Tanya 31 Ogos" (26 Ogos 1984)
  2. "Di Dalam dan Di Luar" (16 September 1990)
  3. "Suzati" (31 Mac 1991)
  4. "Tertuduh" (14 Julai 1991)
  5. "Kawat Sempena Tahun Baru" (19 Disember 1993)
  6. "Ke Dalam Masjid" (24 Julai 1994)
  7. "Perisytiharan Konsep Konkrit Teori Keamanan" (20 Ogos 1995)
  8. "Tiga Puluh Sembilan" (27 Januari 2002)
  9. "Anak-anak PLKN" (2008)
Mingguan Islam
  1. "Menempah Hidup Jernih" (10 Januari 1986)
Remaja
  1. "Catatan Tentang Perpisahan" (Mac 1986)
  2. "Kemungkinan Itu" (Jun 1987)
Mingguan Famili
  1. "Rama-rama Itu" (7 Jun 1987)
  2. "Hujan dan Ribut (III)" (15 September 1987)
  3. "Kegigihan" (12 Jun 1988)
  4. "Tanpa Rasa Gentar" (2 Oktober 1988)
  5. "Kelkatu Itu Kitakah" (28 Januari 1989)
  6. "Melangkah Kemungkinan (3)" (21 Mei 1989)
  7. "Melangkah Kemungkinan (4)" (6 Ogos 1989)
Wanita
  1. "Yang Ditinggalkan" (Mac 1988)
  2. "Suzati (2)" (Ogos 1991)
Bacaria
  1. "Ke Mana" (26 Mac 1988)
  2. "Parasit" (8 Februari 1989)
  3. "Sang Sepi" (8 (?) Ogos 1995)
Variasari
  1. "Siapakah Yang Meratap" (Mei 1988)
Dewan Sastera
  1. "Mengarah Waktu" (September 1988)
  2. "Sepi dalam Sukma Seorang Anak" (November 1998)
Sajak (1) saya tulis ketika berkhidmat di Jengka 10, Pahang. Penyiaran sajak ini sangat mengujakan saya. Hal ini demikian kerana saya telah mengirim berpuluh-puluh buah sajak kepada majalah ini semenjak saya mula menulis sajak. Banyak sajak yang dihantar diiringi surat tanda terima daripada editornya, tetapi tidak disiarkan. Sajak (2) saya hasilkan pada tahun 1997 dan disiarkan semasa saya sudah berkhidmat di SMK Sultan Omar, Dungun.

.
Majalah Famili
  1. "Kalau Aku Bersalah" (15 Oktober 1988)

Mutiara Ibu

  1. "Keberangkatan 1" (Oktober 1989)
  2. "Pengasingan" (Julai 1990)

Berita Harian

  1. "Sesekali Apabila Bertemu" (6 Oktober 1989)
  2. "Batu-batu" (6 Julai 1990)
Watan
  1. "Visi Yang Hilang" (Disember 1989)
Nona
  1. "Perempuan Yang Senyum" (1 Mac 1990)
Mingguan Tempo
  1. "Diari" (19 Disember 1993)
  2. "Kesetiaan" (19 Disember 1993)
  3. "Menyisih" (19 Disember 1993)
  4. "Datanglah" (19 Disember 1993)
  5. "Biar" (17 Disember 1995)
Mingguan Watan
  1. "Si Perasa dengan Kata-kata" (14 Januari 1996)
  2. "Tidak Peramah" (10 Mac 1996)
  3. "Barangkali" (16 Jun 1996)
Pesona
  1. "Kuntum Kemboja di Lamannya" (Februari 1996)
Harakah
  1. "Matahari Hijriah Ini" (3 Jun 1996)

Utusan Melayu Mingguan

  1. "Negara Ini" (13 September 2003)
  2. "Pentas Merdeka" (21 Februari 2004)

Al-Fikrah

  1. "Ke Hadapan Ibu" (April-Jun 2006)
.
Puisi Dalam Radio
.
Selain disiarkan dalam akhbar dan majalah, ruangan sastera yang memuatkan puisi tidak ketinggalan saya sertai. Rancangan sastera yang dapat saya ikuti adalah dalam RTM Kota Bharu, RTM Kuala Terengganu, RTM Kuala Lumpur, dan RTM Kuantan.
.
Rampai Rasa
  1. "Di Mana-mana Senja Tetap Ada" (RTM Kota Bharu, 30 Disember 1980)
  2. "Bukan Kehilangan" (RTM Kota Bharu, 23 Mac 1982)
  3. "Kebencian" (RTM Kota Bharu, 23 Mac 1982)
  4. "Mengenangmu" (RTM Kota Bharu, 26 Oktober 1982)
Belia Bergerak Maju
  1. "Keringat Desa" (RTM Kuala Lumpur, 21 April 1982)
Bunga Bangsa
  1. "Matahari Pagi Ini" (RTM Kuala Lumpur, 11 Jun 1982)
Satria Pertiwi
  1. "Perpisahan Sekadar Sementara" (RTM Kuala Terengganu, 13 Jun 1982)
  2. "Kerelaan" (RTM Kuala Terengganu, 10 Oktober 1982)
  3. "Sebuah Pengabdian" (RTM Kuala Terengganu, 31 Oktober 1982)
Sudut Sastera
  1. "Di Sini Segala Ada" (RTM Kota Bharu, 17 Januari 1983)
  2. "Balada Penoreh Musim Basah" (RTM Kota Bharu, 28 November 1983)
  3. "Sajak Seorang Guru" (RTM Kuantan, 6 Februari 1984)
  4. "Aku dan 31 Ogos" (RTM Kota Bharu, 27 Ogos 1984)
  5. "Pulang Kampung" (RTM Kota Bharu, 26 Mac 1985)
  6. "Apabila Waktunya Ia Pergi Jua" (RTM Kota Bharu, 16 Januari 1986)
  7. "Halamanmu" (RTM Kota Bharu, 25 Januari 1987)
Dari Kampus Ke Kampus
  1. "Ingatan-ingatan Itu Berpusing Kembali" (RTM Kuala Lumpur, 9 April 1983)
Senandung Malam
  1. "Seperti Selepas Tidur" (RTM Kuala Terengganu, 5 Februari 1987)

14 Mei 2009

CERPEN: RANGSANGAN DARIPADA KARYA SAINS

SETELAH karya sains saya mendapat tempat dengan lumayannya hanya dengan bertulis tangan pada kertas kajang, saya berasa saya mampu pergi lebih jauh dengan menulis cerpen pula. Saya nyatakan keyakinan saya kepada emak saya bahawa cerpen saya kemungkinan besar tersiar sekiranya ada mesin taip.

Tidak beberapa lama kemudian, emak saya membawa pulang sebuah mesin taip baharu, jenama "Brother". Rupa-rupanya, dalam senyap-senyap, dia meminta tauke Cina, tuan punya kebun getah tempat dia menoreh, membelikannya mesin taip itu dan dia akan membayar secara ansuran setiap bulan, tolak upah torehan getah. Sungguh gembira hati saya. Terima kasih, mek.

Saya pun mula menaip cerpen yang sudah saya tulis pada kertas kajang. Untuk menulis cerpen pertama itu, saya menjadikan cerpen orang lain yang sudah tersiar sebagai panduan, terutama untuk memulakan cerpen itu. Cerpen pertama itu benar-benar tersiar dalam lingkungan sebulan dihantar kepada editor Utusan Pelajar, Munir Ghazali.


Utusan Pelajar

  1. "Menunggu Tahun Baru" (14 Disember 1978)
  2. "Orang Tua Gila" (15 Mac 1979)
  3. "Janji" (17 Mei 1979)
  4. "Puasa" (16 Ogos 1979)
  5. "Gelap" (28 Februari 1980)
  6. "Pertemuan" (17 April 1980)
  7. "Rindu Adik" (15 Januari 1981)
  8. "Ingatan" (14 Mei 1981)
  9. "Kemalangan" (31 Disember 1981)
  10. "Pengakuan" (6 Mei 1982)
  11. "Kebebasan" (23 September 1982)
  12. "Kupeluknya Erat" (7 Disember 1986)
Ketika cerpen pertama itu disiarkan, saya dalam tingkatan empat. Saya melonjak-lonjak kegembiraan. Saya tunjukkan karya itu kepada emak dan ayah. Mereka kelihatan tersenyum bangga. Saya membaca karya sendiri itu beberapa kali, seolah-olah tiada rasa jemu. Tidak beberapa lama kemudian, saya menerima sekeping cek bernilai RM20.00, bayaran cerpen itu. Semakin gembira hati saya.



Bujal

  1. "Yati Tak Merajuk Lagi" (September 1979)
  2. "Adidas" (Mac 1980)
  3. "Ciki" (Mei 1980)
  4. "Hero" (Disember 1980)
  5. "Sekuntum Bunga Rimba" (Mac 1981)
  6. "Ciki Adik" (Februari 1982).

Aktual
  1. "Jemu" (Mei 1982)


Sistem Pelajar
  1. "Terima Kasih" (Januari 1982)


Dewan Siswa
  1. "Tandas" (Januari 1980)
  2. "Diiringi Tepukan Gemuruh" (Julai 1981)
  3. "Kambing" (September 1981)
  4. "Kemahuanku" (Mac 1982)


Minda Pelajar

  1. "Dua Firdaus" (27 Mei 1996)

Sebagai catatan, pada tahun 1979 saya berada dalam tingkatan 5. Terdapat dua orang rakan sekelas saya yang juga berminat dalam penulisan turut mendapat "bimbingan" saya, iaitu Mohd Razali Din dari Kampung Raja, dan Zainu Jusoh dari Kampung Pek. Kami mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun itu. Saya berjaya ke tingkatan 6, dan belajar di Sekolah Menengah Hamzah, Machang.
.
Ketika di tingkatan 6 itu, saya lebih berkeyakinan menghasilkan karya setelah berjumpa dan berbaik-baik dengan Cikgu Lim Swee Tin (sekarang Dr. Lim Swee Tin) yang mengajarkan Matematik di sekolah itu. Kebetulan pula, adik iparnya, Lee Chye Ewe, yang sekelas dengan saya, juga berminat dalam penulisan. Pada masa yang sama, rakan seperjuangan saya yang tinggal di Kampung Pauh, tidak jauh dari kampung saya, Arazmi Seman juga sangat berbakat dalam penulisan. Oleh itu, kami berlumba-lumba dalam menghasilkan karya. Namun, Arazmi lebih menyerlah dalam genre puisi.



Cerpen Dewasa

Pada tahun 1981, saya mula mengorak langkah dalam akhbar perdana. "Cerpen dewasa" saya yang pertama tersiar pada minggu pertama saya berada di tingkatan 6 atas.


Utusan Zaman

  1. "Jaguh" (4 Januari 1981)
  2. "Untuk Menguji Perasaan" (4 September 1983)
  3. "Oh Abang" (26 Jun 1988)
  4. "Hari Mencurigakan" (16 Julai 1989)
  5. "Sekali Aku Bertindak" (28 Julai 1991)



Balai Muhibah

  1. "Kisah di Pedalaman" (Jun 1982)

    Karya ini, yang dibayar RM100.00, dinilai untuk Sayembara 1982 Cerpen Balai Muhibah, dan memenangi hadiah kedua, bernilai RM300.00. Ghazali M.A atau Ghazali Abdullah, penulis bukan Melayu beragama Islam dari Machang, memenangi tempat ketiga. Keputusan ini disiarkan dalam Berita Harian yang saya sudah lupa tarikhnya.


TebalSarina

  1. "Itulah Keputusannya" (Ogos 1982)


Salina

1. "Tunang" (Oktober 1983)


Mingguan Timur

  1. "Parang Panjang" (25 September 1983)


Mingguan Wanita

  1. "Rindu Dari Kampus" (16 Ogos 1985)


Watan

  1. "Pertaruhan" (5 Oktober 1985)
  2. "Lijah dan Banjir" (21 Julai 1996)



Mingguan Famili

1. "Bukan Kerana Lain" (10 Ogos 1986)


Bacaria

  1. "Bekas Kuli" (14 Ogos 1983)
  2. "Mereka Tidak Mengerti" (24 Februari 1985)
  3. "Bukan Rahsia Lagi" (8 September 1985)
  4. "Bayangan Semalam" (22 November 1986)

Remaja

  1. "Genap Lima Tahun" (November 1983)

Berita Minggu

1. "Erti Senyum" (13 Januari 1985)


Timang

  1. "Kecewa" (November/Disember 1991)



Mingguan Malaysia

  1. "Waadat" (4 Februari 1996)
  2. "Bahasa Bonda" (16 Jun 1996)

Watan Minggu

  1. "Sang Penulis Itu" (22 Disember 1996)

.

Mingguan Tempo

  1. "Sebu" (26 Februari 1997)

Jelita

  1. "Belum Berhujung" (Jun 1997)
  2. "Menunggu Kesudahan" (Oktober 1998)





.


11 Mei 2009

KARYA SAINS: TATIH PERTAMA DALAM PENULISAN

DALAM catatan sebelum ini, saya menjelaskan bahawa "karya" terawal saya ialah dua buah kisah sains yang sangat pendek yang disiarkan dalam ruangan "Taman Sains" dalam Utusan Pelajar, pimpinan Pak Matlob, penulis dari Batu Pahat, Johor.

  1. "Kilat Mengilat Guruh Gemuruh"
  2. "Dinding Bercahaya"

Saya sendiri tidak menganggap kedua-duanya sebagai karya. Namun, dengan rangsangan daripada siaran awal itu, saya terus menulis kisah sains untuk ruangan tersebut. Hasilnya, karya saya mula mendapat tempat yang baik dalam ruangan itu.


Utusan Pelajar

  1. "Bila Menjelang Malam" (14 Julai 1977)
  2. "Hallo! Hallo!" (28 Julai 1977)
  3. "Saudara J" (2 Februari 1978)
  4. "Dendamnya Terbalas" (6 Julai 1978)
  5. "Adik Seri" (7 Disember 1978)
  6. "Selekoh Bukit Granit" (31 Januari 1980)
  7. "Matahari Pagi Ini" (7 Februari 1980)
  8. "Saat-saat Cemas" (10 Julai 1980)
  9. "Harapan" (5 November 1980)
Selain Utusan Pelajar, saya juga menulis karya sains dalam sebuah majalah kanak-kanak.
Medan Pelajar
  1. "Gua Zuhrah" (Januari 1978)
  2. "Ditawan Makhluk Asing" (Mac 1978)
  3. "Terhempas" (Ogos 1978).
Utusan Zaman
  1. "Titis-titis Hujan Malam" (25 Februari 1990)
Karya di atas disiarkan oleh Pak Matlob, ketika dia mengelola satu ruangan dalm akhbar itu. Karya itu saya kirim kepadanya ketika dia mengelola ruangan Taman Sains dalam Utusan Pelajar.
Semua karya sains yang disiarkan sebelum hujung tahun 1978 semuanya ditulis tangan sahaja; pada awalnya pada kertas buku latihan, kemudian pada kertas kajang. Sebelum penghujung tahun itu saya mendapat sebuah mesin taip, jenama "Brother", hadiah daripada ibu saya yang kerjanya menoreh getah di ladang tauke Cina.
Ketika berkarya dalam ruangan-ruangan tersebut, saya tidak mendapat apa-apa bayaran. Walaupun begitu, saya sangat gembira kerana ternyata saya mempunyai bakat dalam bidang penulisan.
Bimbingan Pak Matlob memberikan saya semangat yang tidak terhingga. Karya di "Taman Sains" itu merupakan tatih pertama saya melangkah ke dunia penulisan kreatif. Terima kasih yang tidak terhingga, Pak Matlob.















8 Mei 2009

SELANGKAH DEMI SELANGKAH

HASRAT hendak menjadi penulis mula berputik pada tahun 1974, ketika saya dalam darjah enam. Hal ini bermula apabila guru Bahasa Melayu, Cikgu Abdullah bin Awang Kechik, yang membawa beberapa naskhah akhbar tabloid kanak-kanak, Utusan Pelajar, terbitan Utusan Melayu (M) pada setiap hari Khamis. Cikgu Abdullah menjual akhbar itu kepada kami dengan harga 20 sen. Cikgu Abdullah kerap menggunakan akhbar itu untuk mengajarkan mata pelajaran itu.

Saya sangat meminati ruangan "Taman Sains", bimbingan Pak Matlob, atau nama sebenarnya Mokhtar Talib. Saya gemar akan cerita sains, lebih-lebih lagi yang bercorak fiksyen sains mengenai peristiwa di angkasa. Karya dalam ruangan itu ditulis oleh beberapa orang penulis tetap ruangan itu, yang menjadi ahli Ahli Kelab Sains (AKS), antaranya Shahidan Md Noh, Mohd Ismail Sarbini, Zailani Taslim, Sri Diah Isma, dan ramai lagi. Ruangan itu mendorong saya untuk menjadi penulis seperti mereka.

Apabila saya berada di sekolah menengah, Sekolah Menengah Kampung Pek (sekarang dinamai SMK Seri Intan), keinginan saya semakin kuat. Dengan dorongan yang kuat itu, saya cuba menulis karya sains berdasarkan bahan berunsur sains yang saya dapatkan daripada buku atau majalah yang saya baca. Saya tulis karya tersebut pada kertas buku latihan sekolah dengan tulisan tangan saya sendiri. Tulisan tangan saya tidaklah cantik, tetapi jelas hurufnya.

Saya mengirim karya itu kepada Pak Matlob berdasarkan alamat yang disediakan dalam ruangannya. Karya awal saya yang disiarkan dalam ruangan ini ketika saya berada dalam tingkatan dua (tahun 1976):

1. "Kilat Mengilat Guruh Gemuruh" (28 Oktober 1976)
2. "Dinding Bercahaya" (18 November 1976).

Karya asal saya itu agak panjang, dalam empat atau lima halaman kertas buku latihan, tetapi yang tersiar hanyalah beberapa perenggan. Tajuknya juga bukan tajuk yang saya cadangkan. Namun demikian, saya sangat berpuas hati apabila karya itu disiarkan. Sekurang-kurangnya usaha saya mendapat perhatian.

Era permulaan saya dapat bertapak sebagai penulis adalah pada tahun 1977. Karya sains saya disiarkan dengan tidak dipotong-potong lagi. Semasa menghasilkan karya dalam "Taman Sains", saya menggunakan nama penuh saya, tetapi sering juga menggunakan nama pena, Ahusma. Pak Matlob, apabila berhubung dengan saya atau memperkatakan hal saya dalam ruangannya itu, sering menggunakan nama pena ini. Saya kemudiannya diterima sebagai Ahli Kelab Sains ruangan itu, iaitu AKS 55.

Tahun 1978 boleh dianggap tahun saya mengorak langkah dengan lebih luas. Mulai tahun itu karya puisi dan cerpen kanak-kanak mula mendapat tempat dalam beberapa buah majalah kanak-kanak.

Mulai 1980 saya mula memasuki dunia "karya dewasa", apabila puisi saya yang lebih bermakna mula disiarkan dalam majalah. Pada tahun itu juga cerpen dan puisi saya disiarkan dalam rancangan sastera di radio, iaitu ruangan "Cerpen" (RTM Kuala Lumpur), "Rampaian Pasukan Keselamatan" (RTM Kuala Lumpur), "Bunga Bangsa" (RTM Kuala Lumpur), "Belia Bergerak Maju" (RTM Kuala Lumpur), "Dari Kampus Ke Kampus" (RTM Kuala Lumpur), "Sudut Sastera" (RTM Kota Bharu, RTM Kuala Terengganu, dan RTM Kuantan), "Rampai Rasa" (RTM Kota Bharu), "Satria Pertiwi" (RTM Kuala Terengganu), dan "Senandung Malam" (RTM Kuala Terengganu).

Mulai tahun 1980 juga saya memasuki genre drama radio pula. Karya saya disiarkan dalam ruangan "Nombor 5 Persiaran 1" (RTM Kuala Lumpur), terbitan Mahani Ujang, "Kiambang Bertaut" (RTM Kota Bharu), dan Puisidra (RTM Kota Bharu dan RTM Kuala Terengganu).

Mulai awal tahun 1981, cerpen saya mula menembusi surat khabar dan majalah lain secara kerap. Demikian juga rencana atau artikel ringan, mula mendapat tempat dalam beberapa buah majalah.

Setakat ini saya berjaya menghasilkan sebuah novel kanak-kanak, "Berkelah Hanya Alasan", yang diterbitkan oleh Penerbitan Penamas, Johor Bahru (1984).

Selain itu, beberapa buah cerpen dan puisi turut dimuatkan dalam antologi, sama ada yang diterbitkan oleh persatuan penulis secara stensilan atau yang dicetak oleh syarikat penerbitan dan diselenggarakan oleh penulis tertentu.




1 Mei 2009

SEDIKIT TENTANG SAYA


Kelahiran

SAYA dilahirkan di Kampung Temangan Lama pada 5 Disember 1962. Mengikut catatan pada surat beranak saya, kelahiran saya pada pukul 4.30 petang. Kampung saya ini terletak dalam jajahan Machang, di Kelantan. Namun, semenjak kecil, kawasan rumah kelahiran saya itu dikenali sebagai Teluk Choh, dan lebih khusus lagi, dipanggil juga Alur Rambai.

Ayah saya, Mohd Salleh bin Yaacob (arwah: meninggal pada 8 April 2009), berasal dari Kampung Tanjung Pauh, Beris Kubur Besar, Bachok. Ibu saya pula, Sepiah binti Jusoh, yang saya panggil "mek", berasal dari Kampung Pasir Besar, Temangan. Mengikut catatan pada surat beranak saya, saya dilahirkan ketika mek saya berusia 23 tahun.

Adik saya tiga orang. Yang pertama, Azmi, sekarang tinggal di Kota Bharu. Adik yang kedua, Yusmi, menetap di Pasir Gudang, Johor. Adik bongsu saya, Noraini, kini menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sepatutnya saya mempunyai abang dan seorang adik lain selepas Noraini. Namun, abang saya, mengikut mek namanya Halim, meninggal dunia semasa kecil, sebelum saya dilahirkan. Adik yang meninggal itu meninggal ketika dilahirkan.


Pencapaian Akademik & Ikhtisas

Pendidikan awal saya terima di Sekolah Kebangsaan Temangan, kira-kira dua batu dari rumah saya. Saya memulakan alam persekolahan pada tahun 1969. Saya sudah dapat membaca dengan baik ketika dalam darjah satu lagi. Malahan, saya kerap disuruh oleh guru untuk mengajar rakan-rakan sekelas yang lambat membaca. Namun, keputusan Penilaian Darjah Lima saya yang diduduki pada tahun 1973 (darjah 5) tidak baik, iaitu 4B dan 1C sahaja.

Pendidikan menengah saya peroleh di Sekolah Menengah Kampung Pek (sekarang SMK Seri Intan). Saya menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1977, dan memperoleh Pangkat A, tetapi hanya cukup untuk naik ke tingkatan empat. Oleh sebab SM Kampung Pek tiada tingkatan empat, kami yang lulus dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, yang terletak di Jalan Machang-Kota Bharu. Namun, lebih kurang sebulan di sekolah itu, kami dipanggil kembali ke SM Kampung Pek apabila sekolah itu mewujudkan tingkatan empat.

Pada tahun 1979, saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusannya yang keluar pada tahun 1980 menyaksikan saya memperoleh Pangkat 2, yang melayakkan saya memasuki tingkatan 6. Yang membanggakan saya, hanya saya murid perintis SPM yang berjaya ke tingkatan 6, dan nama saya, mengikut adik-adik saya, selalu disebut oleh guru sekolah itu sebagai murid yang perlu dijadikan suri teladan.

Tingkatan 6 di jajahan Machang pada masa itu hanya dibuka di Sekolah Menengah Hamzah, terletak di Jalan Machang-Pasir Puteh. Pelajar lulusan SPM dari jajahan Kuala Krai turut melanjutkan pelajaran di situ. Saya menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) pada tahun 1981. Kami merupakan kumpulan terakhir STP yang dikendalikan oleh Universiti Malaya dan Universiti Cambridge, London. Hal ini demikian kerana mulai tahun 1982, peperiksaan itu ditukar nama kepada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan dikendali sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun, saya hanya memperoleh 2 prinsipal dan 2 subsidiari. Permohonan saya untuk ke menara gading ditolak. Namun, pada tahun 1983, saya mengambil STPM secara persendirian, dan berjaya mendapat 3 prinsipal yang rendah dan 1 lulus separuh.

Pada tahun 1984, saya mengikuti Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Bahasa (sebelum itu lebih dikenali sebagai Language Institute, atau LI, dan kemudiannya dikenali dengan nama Institut Bahasa). Saya mengkhusus dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah. Oleh sebab saya bakal menjadi guru, saya tidak memohon masuk ke universiti, bimbang ditolak kerana pada masa itu sangat sukar untuk mendapat tempat di menara gading. Saya tamat pengajian guru pada tahun 1986, dan bertugas di Sekolah Menengah Jengka 10, di Bandar Pusat Jengka, dalam daerah Temerloh, di Pahang. Saya lulus kursus perguran dengan Pangkat Cemerlang, dan dianugeri Pelajar Terbaik Akademik Pengajian Melayu. Berita kecemerlangan saya itu disiarkan dalam Berita Minggu, 18 Oktober 1987, bersama-sama dengan gambar.

Pada tahun 1993, selepas hampir enam tahun bertugas di Jengka 10, saya mendapat tawaran mengikuti Program Kembar IB-Universiti Malaya. Saya meninggalkan SM Jengka 10, masuk program prakampus selama setahun di IB, maktab asal saya. Mulai tahun 1994 hingga 1998, saya mengikuti kursus Rancangan Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dengan pengkhususan dalam Bahasa Melayu. Keputusannya, saya memperoleh sijil Kelas Pertama, dan mendapat Hadiah Buku Universiti. Selepas keluar dari Universiti Malaya (1998), saya ditugaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, di bandar Dungun, Terengganu, hingga sekarang.


Keluarga Sendiri

Saya membentuk keluarga sendiri pada 1 Mac 1990. Teman hati yang saya pilih ialah Sabariah Nor binti Salleh, setahun lebih muda daripada saya, yang berasal dari Kemaman, Terengganu, tetapi sudah lama menetap di Dungun. Beliau seorang penulis yang prolifik di Dungun, dan dikenali dalam kalangan rakan-rakan saya yang menjadi penulis di Kelantan. Sabariah merupakan salah seorang daripada peminat hasil karya saya. Kami sering berutus surat, dan pertemuan pertama berlaku ketika Hari Sastera pada tahun 1985, di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Kini kami memiliki tiga orang cahaya mata, iaitu Suzati (lahir: 1990), Syafiq Hakimi (lahir: 1993), dan Syahida Athirah (lahir: 2000). Suzati mengikut jejak saya sebagai guru dengan mengikuti kursus perguruan di Institut Perguruan Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru mulai 2008.


























GURINDAM: INDAH JIKA DILAGUKAN

MENULIS gurindam juga sangat menarik. Yang paling mudah ialah gurindam dua baris. Puisi jenis ini sarat dengan falsafah, dan tujuannya untu...