KEMAS KINI

SILAKAN BERKUNJUNG. DIKEMASKINIKAN PADA 21 September 2023 - 6:31 petang

14 Mei 2009

CERPEN: RANGSANGAN DARIPADA KARYA SAINS

SETELAH karya sains saya mendapat tempat dengan lumayannya hanya dengan bertulis tangan pada kertas kajang, saya berasa saya mampu pergi lebih jauh dengan menulis cerpen pula. Saya nyatakan keyakinan saya kepada emak saya bahawa cerpen saya kemungkinan besar tersiar sekiranya ada mesin taip.

Tidak beberapa lama kemudian, emak saya membawa pulang sebuah mesin taip baharu, jenama "Brother". Rupa-rupanya, dalam senyap-senyap, dia meminta tauke Cina, tuan punya kebun getah tempat dia menoreh, membelikannya mesin taip itu dan dia akan membayar secara ansuran setiap bulan, tolak upah torehan getah. Sungguh gembira hati saya. Terima kasih, mek.

Saya pun mula menaip cerpen yang sudah saya tulis pada kertas kajang. Untuk menulis cerpen pertama itu, saya menjadikan cerpen orang lain yang sudah tersiar sebagai panduan, terutama untuk memulakan cerpen itu. Cerpen pertama itu benar-benar tersiar dalam lingkungan sebulan dihantar kepada editor Utusan Pelajar, Munir Ghazali.


Utusan Pelajar

  1. "Menunggu Tahun Baru" (14 Disember 1978)
  2. "Orang Tua Gila" (15 Mac 1979)
  3. "Janji" (17 Mei 1979)
  4. "Puasa" (16 Ogos 1979)
  5. "Gelap" (28 Februari 1980)
  6. "Pertemuan" (17 April 1980)
  7. "Rindu Adik" (15 Januari 1981)
  8. "Ingatan" (14 Mei 1981)
  9. "Kemalangan" (31 Disember 1981)
  10. "Pengakuan" (6 Mei 1982)
  11. "Kebebasan" (23 September 1982)
  12. "Kupeluknya Erat" (7 Disember 1986)
Ketika cerpen pertama itu disiarkan, saya dalam tingkatan empat. Saya melonjak-lonjak kegembiraan. Saya tunjukkan karya itu kepada emak dan ayah. Mereka kelihatan tersenyum bangga. Saya membaca karya sendiri itu beberapa kali, seolah-olah tiada rasa jemu. Tidak beberapa lama kemudian, saya menerima sekeping cek bernilai RM20.00, bayaran cerpen itu. Semakin gembira hati saya.



Bujal

  1. "Yati Tak Merajuk Lagi" (September 1979)
  2. "Adidas" (Mac 1980)
  3. "Ciki" (Mei 1980)
  4. "Hero" (Disember 1980)
  5. "Sekuntum Bunga Rimba" (Mac 1981)
  6. "Ciki Adik" (Februari 1982).

Aktual
  1. "Jemu" (Mei 1982)


Sistem Pelajar
  1. "Terima Kasih" (Januari 1982)


Dewan Siswa
  1. "Tandas" (Januari 1980)
  2. "Diiringi Tepukan Gemuruh" (Julai 1981)
  3. "Kambing" (September 1981)
  4. "Kemahuanku" (Mac 1982)


Minda Pelajar

  1. "Dua Firdaus" (27 Mei 1996)

Sebagai catatan, pada tahun 1979 saya berada dalam tingkatan 5. Terdapat dua orang rakan sekelas saya yang juga berminat dalam penulisan turut mendapat "bimbingan" saya, iaitu Mohd Razali Din dari Kampung Raja, dan Zainu Jusoh dari Kampung Pek. Kami mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun itu. Saya berjaya ke tingkatan 6, dan belajar di Sekolah Menengah Hamzah, Machang.
.
Ketika di tingkatan 6 itu, saya lebih berkeyakinan menghasilkan karya setelah berjumpa dan berbaik-baik dengan Cikgu Lim Swee Tin (sekarang Dr. Lim Swee Tin) yang mengajarkan Matematik di sekolah itu. Kebetulan pula, adik iparnya, Lee Chye Ewe, yang sekelas dengan saya, juga berminat dalam penulisan. Pada masa yang sama, rakan seperjuangan saya yang tinggal di Kampung Pauh, tidak jauh dari kampung saya, Arazmi Seman juga sangat berbakat dalam penulisan. Oleh itu, kami berlumba-lumba dalam menghasilkan karya. Namun, Arazmi lebih menyerlah dalam genre puisi.



Cerpen Dewasa

Pada tahun 1981, saya mula mengorak langkah dalam akhbar perdana. "Cerpen dewasa" saya yang pertama tersiar pada minggu pertama saya berada di tingkatan 6 atas.


Utusan Zaman

  1. "Jaguh" (4 Januari 1981)
  2. "Untuk Menguji Perasaan" (4 September 1983)
  3. "Oh Abang" (26 Jun 1988)
  4. "Hari Mencurigakan" (16 Julai 1989)
  5. "Sekali Aku Bertindak" (28 Julai 1991)



Balai Muhibah

  1. "Kisah di Pedalaman" (Jun 1982)

    Karya ini, yang dibayar RM100.00, dinilai untuk Sayembara 1982 Cerpen Balai Muhibah, dan memenangi hadiah kedua, bernilai RM300.00. Ghazali M.A atau Ghazali Abdullah, penulis bukan Melayu beragama Islam dari Machang, memenangi tempat ketiga. Keputusan ini disiarkan dalam Berita Harian yang saya sudah lupa tarikhnya.


TebalSarina

  1. "Itulah Keputusannya" (Ogos 1982)


Salina

1. "Tunang" (Oktober 1983)


Mingguan Timur

  1. "Parang Panjang" (25 September 1983)


Mingguan Wanita

  1. "Rindu Dari Kampus" (16 Ogos 1985)


Watan

  1. "Pertaruhan" (5 Oktober 1985)
  2. "Lijah dan Banjir" (21 Julai 1996)



Mingguan Famili

1. "Bukan Kerana Lain" (10 Ogos 1986)


Bacaria

  1. "Bekas Kuli" (14 Ogos 1983)
  2. "Mereka Tidak Mengerti" (24 Februari 1985)
  3. "Bukan Rahsia Lagi" (8 September 1985)
  4. "Bayangan Semalam" (22 November 1986)

Remaja

  1. "Genap Lima Tahun" (November 1983)

Berita Minggu

1. "Erti Senyum" (13 Januari 1985)


Timang

  1. "Kecewa" (November/Disember 1991)



Mingguan Malaysia

  1. "Waadat" (4 Februari 1996)
  2. "Bahasa Bonda" (16 Jun 1996)

Watan Minggu

  1. "Sang Penulis Itu" (22 Disember 1996)

.

Mingguan Tempo

  1. "Sebu" (26 Februari 1997)

Jelita

  1. "Belum Berhujung" (Jun 1997)
  2. "Menunggu Kesudahan" (Oktober 1998)





.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

very nice blog

Unknown berkata...

Akhirnya jumpa juga kita di alam siber, Suhaimi. Sudah lama saya tercari-cari!

Apa khabar?


Tolong hubungi saya di chyeewe@gmail.com
Lee Chye Ewe
www.cikgulee.com

GURINDAM: INDAH JIKA DILAGUKAN

MENULIS gurindam juga sangat menarik. Yang paling mudah ialah gurindam dua baris. Puisi jenis ini sarat dengan falsafah, dan tujuannya untu...