KEMAS KINI

SILAKAN BERKUNJUNG. DIKEMASKINIKAN PADA 21 September 2023 - 6:31 petang

29 Mei 2009

RENCANA: SASTERA DAN BAHASA

SAYA juga menulis rencana ringan untuk beberapa terbitan. Rencana pertama saya disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada tahun 1981. Ketika itu saya di tingkatan 6 Atas di SM Hamzah, Machang.
.
Penulisan itu bermula daripada cabaran oleh guru Bahasa Melayu, Cikgu Abdullah. Dia mengulas karangan saya di dalam bilik darjah, di hadapan rakan-rakan saya, tetapi tidak menyebut nama saya. Dia menegur penggunaan perkataan "jerlus", yang dianggapnya tidak sesuai. Menurutnya, sekiranya saya ingin menggunakan perkataan sedemikian, saya bolehlah menulis karya dalam Dewan Sastera, misalnya. Saya hanya mendiamkan diri.
.
Saya pun menulis sebuah rencana pendek tentang minat pelajar terhadap karya sastera. Saya petik kenyataan guru Perpustakaan di SM Kampung Pek, tentang ramainya pelajar meminjam buku cerita, berbanding dengan buku akademik. Saya juga masukkan nama Cikgu Abdullah yang menyatakan bahawa pelajar terlalu terpengaruh dengan bahasa indah ketika menghasilkan karangan.
.
Pada hari karya itu disiarkan, seorang cikgu berbangsa India, guru Ilmu Alam, telah menampal keratan rencana itu pada papan kenyataan. Kawan saya memberitahu saya hal itu. Saya tersenyum, sambil berkata di dalam hati, "Cabaran Cikgu Abdullah sudah saya sahut..."
'
Mingguan Malaysia
  1. "Mengapa Pelajar-pelajar Lebih Berminat Kepada Sastera?" (....., 1981)
  2. "Tema Remaja Boleh Dilahirkan Tapi Dengan Syarat..." (4 Januari 1987)
  3. "Rancangan Sastera di TV Disokong" (11 Mac 1990)
  4. "Penulis Muda Perlu Bimbingan Membedah Karya" (13 November 1991)
  5. "Mengapa Dilahirkan Karya Yang Absurd?" (24 November 1991)

Majalah Dian Daiges

  1. "Jebat dan Tuah" (Julai 1981)
  2. "Ada Orang Tidak Tahu Pemimpin Sendiri!" (Julai 1982)
  3. "Mengapa Takut Kepada Disiplin?" (Januari 1983)

Dewan Siswa

  1. "Hari Penyampaian Hadiah SMKP" (November 1981)

Mingguan Wanita

  1. "27 Murid Jadi Anak Angkat PIBG" (14 Oktober 1983)

Majalah Pantai Jaya

  1. "Bakat" (1984)
  2. "Setelah Bertahun-tahun Terlanjur..." (1986)

Mingguan Islam

  1. "Maktab Perguruan Mula Lahirkan Penulis" (3 Januari 1986)
  2. "Malam Puisi Guru Pelatih Institut Bahasa" (15 Ogos 1986)

Mingguan Perdana

  1. "Sastera di TV Perlu Diperluas" (9 Januari 1987)

Utusan Zaman

  1. "Tempat Jatuh Lagi Dikenang" (1 Januari 1989)
  2. "Mengira Jumlah Kawan" (19 Mac 1989)
  3. "Sekolah Menengah Jengka 10 Terima Hadiah Cemerlang" (9 Ogos 1990)
  4. "Penerbitan Bertukar Nama" (....., 1991)
  5. "24 Karya Lesap" (....., 1991)
  6. "Honorarium Yang Kecil Jadi Perangsang" (21 Julai 1991)

Semua karya di atas ialah catatan yang ada kaitan dengan saya, kecuali yang ketiga merupakan berita, disiarkan dalam ruangan yang dikelolakan oleh Pak Matlob.

.

Berita Harian

  1. "Falsafah dalam Puisi Moden" (22 September 1989)
  2. "Rancangan Sastera Kian Diabai" (3 Januari 1990)

Utusan Melayu

  1. "Kasut Yang Hilang" (22 April 1991)

Catatan di atas kisah kasut kulit saya yang dikebas pencuri ketika saya sembahyang Zuhur di surau di Perhentian Bas Kuantan (perhentian lama di tepi Sungai Kuantan). Saya dalam perjalanan balik dari Jengka, Pahang ke rumah mentua saya di Dungun. Nasib baik hari itu saya bersama seorang rakan yang juga hendak pulang ke Terengganu. Dia membelikan saya sepasang selipar Jepun.

.

Utusan Malaysia

  1. "Populariti Lariskan Karya" (15 Julai 1995)
  2. "Jual "Anugerah" di Perhimpunan UMNO" (4 Mei 1996)

Mingguan Tempo

  1. "Gagasan Sastera Islam Shahnon Ahmad" (15 November 1995)

Harakah

  1. "Orang Sastera Juga Perlukan Perhatian Media" (..., 1996)

Rencana Bahasa

Selain rencana sastera, saya yang menjadi guru bahasa, mula memberi perhatian terhadap isu bahasa. Saya tidak terlepas mengikuti bahan bahasa dalam majalah Pelita Bahasa sejak terbitan pertamanya. Pengolahan bahan bahasa dalam majalah itu sangat mudah difahami. Saya memulakan penulisan bahasa saya dalam ruangan "Pendapat".

.

Pelita Bahasa

  1. "Bahasa Malaysia Tidak Mampu Untuk Bidang Perundang-undangan?" (Mac 1990)
  2. "Loghat Kelantan" (Mac 1993)
  3. "Bahasa dengan Keistimewaannya" (Ogos 1995)
  4. "Bahasa Melayu Dipinggirkan" (Disember 1995)
  5. "Pola Ayat Dasar Frasa Nama + Frasa Sendi Nama: Mungkin Tidak Perlu (September 1996)
  6. "Peranan-Main: Meningkatkan Kebolehan Bertutur" (Ogos 1998)
  7. "Menulis Karangan dengan Teknik yang Mudah" (Januari 1999)
  8. "Dia, Ia dan Ianya" (April 1999)
  9. "Mengapa Akronim Tidak Digalakkan" (Ogos 2000)
  10. "Di manakah Bahasa Melayu Dilahirkan?" (Februari 2003)
  11. "MABBIM atau Mabbim?" (Mei 2003)
  12. "Kelewahan Mencacatkan Kecemerlangan Berbahasa" (Oktober 2003)
  13. "Keliru Menggunakan MeN-...-kan dan MeN-...-i" (Disember 2004)
  14. "Dalam dan Fungsinya" (Februari 2005)
  15. "Pengimbuhan Memperkaya Kosa Kata Bahasa Melayu" (April 2006)
  16. "Ragam Ayat Pasif" (Mei 2006)
  17. "Ayat Dasar dan Ayat Tunggal"
  18. "Objek dan Pelengkap dalam Ayat"
  19. "Batu Bersurat Perakam Bahasa Melayu Bertulis"

Jurnal Dewan Bahasa

  1. "Penghilangan Konsonan Nasal di Tengah dan Akhir Kata Dasar dalam Dialek Kelantan" (Ogos 1998)

Dewan Bahasa

  1. "Kecualian dalam Bahasa Melayu" (September 2004)

Jendela Timur

  1. "Bahasa Melayu: Mungkinkah Asalnya dari Asia Tenggara?" (Disember 2003)

.

Tiada ulasan:

GURINDAM: INDAH JIKA DILAGUKAN

MENULIS gurindam juga sangat menarik. Yang paling mudah ialah gurindam dua baris. Puisi jenis ini sarat dengan falsafah, dan tujuannya untu...