KEMAS KINI

SILAKAN BERKUNJUNG. DIKEMASKINIKAN PADA 21 September 2023 - 6:31 petang

11 Mei 2009

KARYA SAINS: TATIH PERTAMA DALAM PENULISAN

DALAM catatan sebelum ini, saya menjelaskan bahawa "karya" terawal saya ialah dua buah kisah sains yang sangat pendek yang disiarkan dalam ruangan "Taman Sains" dalam Utusan Pelajar, pimpinan Pak Matlob, penulis dari Batu Pahat, Johor.

  1. "Kilat Mengilat Guruh Gemuruh"
  2. "Dinding Bercahaya"

Saya sendiri tidak menganggap kedua-duanya sebagai karya. Namun, dengan rangsangan daripada siaran awal itu, saya terus menulis kisah sains untuk ruangan tersebut. Hasilnya, karya saya mula mendapat tempat yang baik dalam ruangan itu.


Utusan Pelajar

  1. "Bila Menjelang Malam" (14 Julai 1977)
  2. "Hallo! Hallo!" (28 Julai 1977)
  3. "Saudara J" (2 Februari 1978)
  4. "Dendamnya Terbalas" (6 Julai 1978)
  5. "Adik Seri" (7 Disember 1978)
  6. "Selekoh Bukit Granit" (31 Januari 1980)
  7. "Matahari Pagi Ini" (7 Februari 1980)
  8. "Saat-saat Cemas" (10 Julai 1980)
  9. "Harapan" (5 November 1980)
Selain Utusan Pelajar, saya juga menulis karya sains dalam sebuah majalah kanak-kanak.
Medan Pelajar
  1. "Gua Zuhrah" (Januari 1978)
  2. "Ditawan Makhluk Asing" (Mac 1978)
  3. "Terhempas" (Ogos 1978).
Utusan Zaman
  1. "Titis-titis Hujan Malam" (25 Februari 1990)
Karya di atas disiarkan oleh Pak Matlob, ketika dia mengelola satu ruangan dalm akhbar itu. Karya itu saya kirim kepadanya ketika dia mengelola ruangan Taman Sains dalam Utusan Pelajar.
Semua karya sains yang disiarkan sebelum hujung tahun 1978 semuanya ditulis tangan sahaja; pada awalnya pada kertas buku latihan, kemudian pada kertas kajang. Sebelum penghujung tahun itu saya mendapat sebuah mesin taip, jenama "Brother", hadiah daripada ibu saya yang kerjanya menoreh getah di ladang tauke Cina.
Ketika berkarya dalam ruangan-ruangan tersebut, saya tidak mendapat apa-apa bayaran. Walaupun begitu, saya sangat gembira kerana ternyata saya mempunyai bakat dalam bidang penulisan.
Bimbingan Pak Matlob memberikan saya semangat yang tidak terhingga. Karya di "Taman Sains" itu merupakan tatih pertama saya melangkah ke dunia penulisan kreatif. Terima kasih yang tidak terhingga, Pak Matlob.















Tiada ulasan:

GURINDAM: INDAH JIKA DILAGUKAN

MENULIS gurindam juga sangat menarik. Yang paling mudah ialah gurindam dua baris. Puisi jenis ini sarat dengan falsafah, dan tujuannya untu...