SEPANJANG bulan Mei lalu, radio Klasik Nasional menganjurkan Pertandingan Mengarang Pantun Empat Kerat dengan Lima Rangkap Bertemakan Nilai-nilai Murni. Sekali lagi saya menyertai pertandingan ini. Lima rangkap pantun itu saya kirimkan melalui pos kepada penganjur seminggu sebelum tarikh tutup pada 31 Mei 2012.
Sepuluh orang pemenang telah diumumkan, dan sebahagian besar pantun yang terpilih memenangi hadiah telahpun dikeudarakan melalui rangkaian itu. Saya tidak termasuk dalam kumpulan 10 itu. Setelah diteliti semula, pantun yang saya garap itu tidak segar kerana pemilihan diksi yang kurang tepat dan harmoni dengan suasana yang ingin dikemukakan.
PANTUN NILAI MURNI
Meredah hutan mengumpul umbut,
Rumpunan buluh di tepi jeram;Tingkah yang sopan tutur yang lembut,
Hati nan luluh jadi tenteram.
Sungguh indah kalung mutiara,
Padanan hebat kain cindai;
Beramah tamah tersenyum mesra,
Erat sepakat sahabat handai.
Batang sentul bergayut kekwa,
Belatuk muda mencari makan;
Pabila tersasul menyinggung jiwa,
Maaf dipinta kesal dilafazkan.
Memancing ikan terlentur joran,
Ikan ketuka sebesar raga;
Ingat-mengingatkan sesama jiran,
Berbaik sangka bak sekeluarga.
Gugur kelapa menimpa batu,
Santan dibuat gulai toman;
Hormat ibu bapa sepanjang waktu,
Hidup berkat zaman berzaman.
8 ulasan:
boleh buat yng leh kna hafal punya...???
Boleh
Pergi ke Kuala beli cencaru
Patuhi segala arahan guru
Nilai
5 nilai dari pantun
Pergi ke kuala beli cencaru
Pergi ke kuala beli cencaru
Mengikut guru naaihat
Catat Ulasan