PERSATUAN Sasterawan Terengganu (PELITA) hari ini memilih ketua baharu apabila Ketua Satu, Haji Tuan Shariff bin Tuan Putera (Shariff Putera) melepaskan jawatannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43. Beliau mengumumkan pengundurannya semasa merasmikan mesyuarat tersebut yang diadakan di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu.
KEMAS KINI
29 September 2012
24 September 2012
PEMILIHAN JAWATANKUASA PELITA 2012-2014 SABTU INI
PERSATUAN Sasterawan Terengganu (PELITA) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-43 pada hari Sabtu, 29 September 2012 ini. Mesyuarat tersebut akan diadakan di Hotel YT Midtown, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu yang bermula pada pukul 10.00 pagi. Mesyuarat kali ini akan mengadakan pemilihan jawatankuasa tadbir baharu untuk mengendalikan persatuan untuk tempoh 2012 hingga 2014.
Mengikut Fasal 12.3.3 Perlembagaan PELITA, kawasan Kemaman, Dungun, dan Hulu Terengganu, yang telah didaftarkan, berhak untuk menghantar 10 orang perwakilan ke mesyuarat agung ini.
Jawatankuasa tadbir yang akan dipilih terdiri daripada seorang Ketua I, seorang Ketua II, seorang Setiausaha I, seorang Setiausaha II, seorang Bendahari, lapan orang Ahli Jawatankuasa, dan dua orang Pemeriksa Kira-kira.
Pada sesi ini, PELITA ditadbir oleh Tuan Haji Shariff Putera sebagai Ketua I, dengan dibantu oleh Tuan Haji S.M. Noor sebagai Ketua II, Sdr Abdul Mubin Ismail sebagai Setiausaha I, dan Sdr Mohd Azhar Su sebagai Setiausaha II, manakal Puan Mahanie Sulong sebagai Bendahari.
Ahli yang belum lagi membayar yuran tahunan dikehendaki untuk berbuat demikian pada hari tersebut.
Sebelum mesyuarat bermula, PELITA akan mengadakan Bicara Proses Kreatif yang akan menampilkan dua orang novelis prolifik PELITA, Sdri Indah Hairani dan Sdri Aznita Aruzi.
7 Jun 2012
PANTUN NILAI MURNI
SEPANJANG bulan Mei lalu, radio Klasik Nasional menganjurkan Pertandingan Mengarang Pantun Empat Kerat dengan Lima Rangkap Bertemakan Nilai-nilai Murni. Sekali lagi saya menyertai pertandingan ini. Lima rangkap pantun itu saya kirimkan melalui pos kepada penganjur seminggu sebelum tarikh tutup pada 31 Mei 2012.
21 Mei 2012
REZEKI KALI KEDUA
SEMENJAK tahun lepas (2011), saya memang teruja untuk menyertai Pertandingan Menulis Sajak Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu. Hal sedemikian tidak berlaku pada tahun-tahun sebelumnya, malahan saya tidak pernah ambil tahu.
3 April 2012
MASIH BERKARYA, TETAPI TIDAK DISIARKAN
SUDAH lama benar karya saya tidak mengisi mana-mana ruang akhbar atau majalah. Beberapa orang kenalan sesekali bertanyakan hal itu melalui ruang Facebook. Kali terakhir karya saya menemui pembaca hanyalah sebuah sajak, "Sangat Kutahu", disiarkan dalam Utusan Malaysia. Sajak itu sebenarnya sebuah sajak khas untuk Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2011. Kebetulan sambutan itu diadakan di Dungun, maka Sdr Wan Zulkifli Wan Yaakub, meminta saya menulis sajak itu.
22 Ogos 2011
SEPUCUK SURAT DARIPADA AZIZI HAJI ABDULLAH
INNALILLAH... Itulah sekerat ungkapan suci yang terpacul jelas daripada bibir saya, manakala yang lain tenggelam di dalam tenggorok, apabila isteri saya menyatakan bahawa Azizi Haji Abdullah sudah meninggal dunia semalam. Ketika itu saya sedang berehat di dalam bilik sementara menunggu waktu untuk keluar mengambil anak bongsu saya yang mengikuti Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sekolah rendah yang berdekatan. Dia mendapat tahu hal itu ketika mendengar berita radio tengah hari.
28 Julai 2011
MALANGNYA, MALANGNYA!
UMUM kalangan penulis dan peminat buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengetahui bahawa penerbit swasta, Dawama, yang diberi tugas menerbitkan dan memasarkan buku dan majalah kelolaan DBP semenjak 2002 tidak mampu memasarkan banyak buku terbitannya. Sebagai akibatnya, buku yang dicari sukar didapati, tetapi dikatakan berlapuk di stor kerana tidak dipasarkan. Hal ini disebut banyak kali dalam pelbagai pertemuan. Namun demikian, masalah itu terus berlanjutan menjadi masalah yang menjelikkan.
28 Jun 2011
PANTUN YANG BUKAN PANTUN...?
31 Mei 2011
"SALAM SEMUA WARGA" MENANG
SAYA menyertai Pertandingan Menulis Puisi Hari Guru Negeri Terengganu 2011 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sebuah sajak yang dibangunkan dengan 33 baris, yang saya judulkan "Salam Semua Warga", saya hantar melalui e-mel.
18 April 2011
PERTEMUAN DENGAN DBP WILAYAH TIMUR
PERTEMUAN berlangsung pada 12 APRIL 2011 (Selasa) - 2.30 - 4.30 petang, di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Saya hadir kerana dijemput sebagai Munsyi Dewan. Rupa-rupanya turut dijemput oleh DBP Wilayah Timur (DBPWT) ialah beberapa orang penulis Terengganu, Ketua I PELITA, wakil RTM Terengganu, wakil Muzium Terengganu, dan wakil Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Terengganu. Turut bersama dengan pengarahnya, Encik Azmi bin Ibrahim, ialah Puan Ariza Hj. Che Ismail (Unit Penerbitan), Puan Basirah Arifin (Unit Bahasa), dan Encik Sharrul Rizal Hashim (Unit Sastera), dan Encik Wan Mohd Helmy Wan Hussin.
DBPWT membentangkan program ketiga-tiga unit untuk tahun 2011. Di samping itu, majlis mendengar rintahan para penulis tentang kesukaran menerbitkan buku dan mendapatkan buku yang sudah diterbitkan. Munsyi Dewan juga berharap DBP dapat meneruskan latihan dan pemantapan ilmu bahasa kepada mereka seperti yang selalu dilakukan oleh Puan Hajah Zaiton dan Puan Atiah sebelum ini, selain menyediakan kurikulum yang standard untuk urusan penataran ilmu oleh Munsyi Dewan kepada orang dan agensi awam dan swasta.
DBPWT juga mahu menerbitkan Direktori Penulis Pantai Timur Jilid II tidak lama lagi. Biodata harus dihantar kepada DBPWT bersama-sama dengan sekeping gambar ukuran pasport.
11 April 2011
USAHA MENGGERAKKAN PELITA DUNGUN
PADA 11 April 2011 (Isnin, 9.30 malam), beberapa orang penulis dan penggiat sastera di Dungun berkumpul di Restoran Nang, di belakang Public Bank. Selain saya (Naib Pengerusi Pelita Dungun) dan isteri, yang lebih awal hadir ialah Awang Abdullah, Ayob Mamat (Pengerusi Pelita Dungun), dan Zaini Kusin, kemudian hadir beberapa orang lagi, termasuk Anuar Ibrahim.
Perjumpaan itu diatur untuk menggerakkan Pelita Cawangan Dungun yang telah ada ahli jawatankuasa, tetapi tidak dapat bergerak kerana kelemahan yang wujud. Pelita Dungun ibarat hidup segan mati tak mahu. Saya sebagai Naib Pengerusi juga lemah, kerana saya tidak berminat dalam hal pengurusan dan pentadbiran, ditambah lagi dengan ahli jawatankuasa tertinggi lain yang juga menyepi.
Awang Abdullah yang akan bersara daripada bidang pendidikan pada Jun ini dan Anuar Ibrahim, bekas Pengetua SMK Kampung Nyior dan bekas Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan berhasrat untuk memerkasakan Pelita dengan gabungan penulis, penggigat dan peminat sastera dan budaya lain secara bersepadu.
Dalam pertemuan tersebut, Anuar Ibrahim dipilih sebagai Pengerusi, Awang Abdullah sebagai Naib Pengerusi, dan ditentukan juga Setiausaha dan Bendahari. Saya isteri dan beberapa orang lain diletakkan dalam ahli jawatankuasa. Saya menolak diletakkan dalam AJK tertinggi kerana merasakan tidak mampu untuk bergerak cergas. Tugasan keguruan menjadikan saya amat sibuk akhir-akhir ini. Oleh itu, saya lebih selesa menjadi penyokong sahaja.
Saya sangat bersetuju Pelita Dungun segera ditadbirkan oleh kepimpinan baharu. Selain saya yang tidak mampu bergerak cergas, Ayob juga yang tinggal di Kuala Terengganu, sudah menyatakan keinginan mengundur diri. Biarlah Pelita kembali kepada kegemilangannya dalam tahun 1970-an dahulu.
Langgan:
Catatan (Atom)
GURINDAM: INDAH JIKA DILAGUKAN
MENULIS gurindam juga sangat menarik. Yang paling mudah ialah gurindam dua baris. Puisi jenis ini sarat dengan falsafah, dan tujuannya untu...
-
BULAN Oktober lalu, Radio Klasik Nasional dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan Pertandingan Mencipta Pantun yang bertemakan ...
-
SEPANJANG bulan Mei lalu, radio Klasik Nasional menganjurkan Pertandingan Mengarang Pantun Empat Kerat dengan Lima Rangkap Bertemakan Nilai-...
