KEMAS KINI

SILAKAN BERKUNJUNG. DIKEMASKINIKAN PADA 21 September 2023 - 6:31 petang

29 September 2012

PELITA MENDAPAT PENERAJU BAHARU

PERSATUAN Sasterawan Terengganu (PELITA) hari ini memilih ketua baharu apabila Ketua Satu, Haji Tuan Shariff bin Tuan Putera (Shariff Putera) melepaskan jawatannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43. Beliau mengumumkan pengundurannya semasa merasmikan mesyuarat tersebut yang diadakan di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu.

Dengan pengunduran itu, ahli PELITA sepakat memilih Ketua Dua, Haji Syed Mohd Nor bin Tuan Long (S.M. Nor) sebagai Ketua Satu yang baharu, manakala Sdr Abdul Mubin bin Ismail yang sebelum ini merupakan Setiausaha Satu, dipilih sebagai Ketua Dua. Jawatan Setiausaha Satu disandang oleh Sdr Mohd Azhar bin Su, dan tempatnya sebelum ini digalas oleh muka baharu, Sdr Kamaruzaman bin Ismail. Sdri Mahanie binti Sulong pula mengekalkan jawatannya sebagai Bendahari.


Shariff Putera dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau tidak akan meninggalkan PELITA, sebaliknya beliau menawarkan diri untuk memberikan bantuan dalam hal dan aktiviti persatuan itu dengan persatuan lain, khususnya dengan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).

Mesyuarat juga telah memilih ahli jawatankuasa, enam orang daripadanya muka lama, iaitu Sdr. Rohani binti Awang, Haji Mamat @ Ramli bin Embong, Sdr Ayob bin Mamat, Sdr Suhaimi bin Mohd Salleh, Sdr Omar bin Abdul Rahman (Omara Rahman), dan Sdr Mohsin bin Ibrahim, serta dua orang muka baharu, iaitu wartawan, Sdr Mat Lazim bin Endut, dan penulis novel, Sdri Mazni binti Awang (Mazni Aznita, atau Anita Aruzi).

Mengikut perlembagaan PELITA, Ketua Satu dan ahli jawatankuasa boleh melantik ahli jawatankuasa lain seramai lima orang. Dalam ucapan penangguhannya, S.M. Nor telah mengumumkan pelantikan Haji Suhaimi bin Zakaria, dari Setiu, sebagai seorang daripada ahli jawatankuasa tersebut, dan akan menamakan empat orang lagi kemudian.

Sebelum mesyuarat agung berlangsung, ahli persatuan dan peminat sastera yang hadir mengikuti Bicara Proses Kreatif yang disampaikan oleh dua orang novelis popular Terengganu, Sdri Anita Aruzi dan Sdri Zainun binti Mustaffa (Diza Ainun).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada semua yang dilantik menjadi ajk pelita
semoga pelita terus bersinar dan tidak lagi malap
kalau boleh ajk yang yang dilantik mestilah orang yang aktif dan lagi bagus dari kalangan penulis
sy juga ahli pelita tapi langsung tiada surat jemputan untuk mesyuarat so bagaimana nak datang?
mohon pelita adakan pertemuan penulis terengganu kerana ramai penulis2 yang berbakat dari terengganu cuma tidak diberi peluang dan ruang


AHLI PELITA YANG TERPINGGIR
KUALA TERENGGANU

GURINDAM: INDAH JIKA DILAGUKAN

MENULIS gurindam juga sangat menarik. Yang paling mudah ialah gurindam dua baris. Puisi jenis ini sarat dengan falsafah, dan tujuannya untu...